Menjelang perlawanan malam ini, The Red Warriors yang baru sahaja selesai "sessi gilap pemain"
semalam sudah sedia mencipta evolusi untuk mengesahkan kedudukan awal ke suku akhir. Kekalahan kepada Felda United rabu lalu bagai membuang segala toksik yang merencatkan perjalanan bolasepak Kelantan. Kini bayangan ke Bukit Jalil kembali terbayang dihati saat kemeriahannya, Kota Bharu akan menjadi saksi kebangkitan pemain yang belum kenal erti tewas ini.

Biarlah penyokong yang sudah mengaku kalah melaung dengan semangat lembik mereka, bagi penyokong yang masih setia dan mempunyai keazaman tanpa kenal erti jemu atau kalah, ayuh terus berdiri bersama memberi semangat utuh kepada para pemain. Pantang mengaku kalah selagi peluang masih ada..Gomo Kelate Gomo.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
No comments:
Post a Comment