nuffnang

Sunday, 25 September 2011

Azamuddin Selamatkan Kelantan Dari Sengatan Sang Lebah

Info ringkas: Keputusan seri malam tadi amat melegakan seluruh penyokong Kelantan, meskipun sukar b_250_200_16777215_0_http___a1.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_316916_279063885456200_119196541442936_1072326_1108159392_n.jpguntuk diterima, Kelantan gagal menundukkan Johor FC. Keputusan ini juga meletakkan Kelantan sebagai juara kumpulan sementara setelah Felda United kalah mengejut kepada Sarawak di Kuching. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan selasa ini antara Kelantan menentang Felda United sekadar penentu kedudukan juara dan naib juara kumpulan C kerana kedua-dua pasukan ini telah layak ke suku akhir.
Pencabar sengit bakal menanti kedua-dua pasukan ini di peringkat suku akhir nanti iaitu pasukan kumpulan B Negeri Sembilan dan Terengganu.
Selasa ini Kelantan mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan yang pernah menewaskan Kelantan di saingan pertama lalu. Peluang menebus aib perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Gol-gol perlawanan malam tadi dijaringkan oleh Johor FC melalui Akmal Mohd Nor pada minit kedua dan Azamuddin Akil menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke 7. Keputusan Johor FC 1-1 Kelantan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Johor FC :
Anis Faron (GK), Izuan Jarudin, Eddy Helmi, Khairul Ismail, Khairi Kiman, Hasni Zaidi, Shahrizal Saad, Rezal Zambery (C), Saufi, Akmal Mohd, Saiful Nizam.

KELANTAN FA :
Apex (GK), Daudsu, Subramaniam, Farisham, Zairul Fitree, Chanturu, Shakir, Piya (C), Aziz Ismail, Mat Yo, Alex

b_250_200_16777215_0_http___a7.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_295805_279063935456195_119196541442936_1072327_662224218_n.jpg

b_250_200_16777215_0_http___a5.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_320560_279064052122850_119196541442936_1072330_171985026_n.jpg










No comments:

Post a Comment