Jepun 2-0 Malaysia: Menyaksikan perlawanan Jepun menentang Malaysia pada malam tadi cukup mengecewakan tetapi nasiblah ketangkasan Apex berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia untuk terus melekat di kaca tv dan stadium.
Jelas kelihatan kelemahan taktikal Malaysia yang memilih bermain defensif berbanding pasukan Jepun

mempunyai keseimbangan di segenap posisi padang. Tidak hairanlah penjaga gol Jepun boleh tersenyum keluar padang dengan sarung tangan dan baju yang bersih kerana hanya satu sahaja percubaan penyerang Malaysia tepat ke gawang Jepun.
Tahniah Apex! kamu telah membuktikan dirimu masih layak digelar "Pemain paling bernilai 2011".Apex tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat kelantan. Kami seluruh penyokong Kelantan merindui aksi Apex untuk The Red Warriors.
No comments:
Post a Comment