nuffnang

Sunday, 25 September 2011

Azamuddin Selamatkan Kelantan Dari Sengatan Sang Lebah

Info ringkas: Keputusan seri malam tadi amat melegakan seluruh penyokong Kelantan, meskipun sukar b_250_200_16777215_0_http___a1.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_316916_279063885456200_119196541442936_1072326_1108159392_n.jpguntuk diterima, Kelantan gagal menundukkan Johor FC. Keputusan ini juga meletakkan Kelantan sebagai juara kumpulan sementara setelah Felda United kalah mengejut kepada Sarawak di Kuching. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan selasa ini antara Kelantan menentang Felda United sekadar penentu kedudukan juara dan naib juara kumpulan C kerana kedua-dua pasukan ini telah layak ke suku akhir.
Pencabar sengit bakal menanti kedua-dua pasukan ini di peringkat suku akhir nanti iaitu pasukan kumpulan B Negeri Sembilan dan Terengganu.
Selasa ini Kelantan mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan yang pernah menewaskan Kelantan di saingan pertama lalu. Peluang menebus aib perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Gol-gol perlawanan malam tadi dijaringkan oleh Johor FC melalui Akmal Mohd Nor pada minit kedua dan Azamuddin Akil menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke 7. Keputusan Johor FC 1-1 Kelantan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Johor FC :
Anis Faron (GK), Izuan Jarudin, Eddy Helmi, Khairul Ismail, Khairi Kiman, Hasni Zaidi, Shahrizal Saad, Rezal Zambery (C), Saufi, Akmal Mohd, Saiful Nizam.

KELANTAN FA :
Apex (GK), Daudsu, Subramaniam, Farisham, Zairul Fitree, Chanturu, Shakir, Piya (C), Aziz Ismail, Mat Yo, Alex

b_250_200_16777215_0_http___a7.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_295805_279063935456195_119196541442936_1072327_662224218_n.jpg

b_250_200_16777215_0_http___a5.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_320560_279064052122850_119196541442936_1072330_171985026_n.jpg










Friday, 23 September 2011

Jom Konvoi Bersama Presiden Ke Pasir Gudang...

Ayuh kita konvoi bersama Tan Sri Annuar Musa, konvoi akan bermula 3.00 petang (24/9/2011) iaitu selepas rumah terbuka Tan Sri Annuar Musa di No 10 Jalan Setia Bakti 3, Bukit Damansara yang bermula dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 2.30 petang. Penyokong yang berminat bolehlah berkumpul di Bukit Damansara dan mengikuti perkembangan pergerakan konvoi di sana.
Bagi memudahkan trafik tetamu yang hadir digalakkan meletakkan kereta di kawasan sekitar masjid Saidina Abu Bakar dan Pusat perniagaan Bukit Damansara. Kehadiran seluruh penyokong Kelantan amat dialu-alukan. Jumpa disana...........Gomo Kelate Gomo.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Apex Sangat Hebat Dan Memukau

Jepun 2-0 Malaysia: Menyaksikan perlawanan Jepun menentang Malaysia pada malam tadi cukup mengecewakan tetapi nasiblah ketangkasan Apex berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia untuk terus melekat di kaca tv dan stadium.
Jelas kelihatan kelemahan taktikal Malaysia yang memilih bermain defensif berbanding pasukan Jepun b_250_200_16777215_0_http___images.the-afc.com_afc_comps_men_olympic_qualifiers_2012_300x200_japan_malaysia_olym_quali_3x2.jpgmempunyai keseimbangan di segenap posisi padang. Tidak hairanlah penjaga gol Jepun boleh tersenyum keluar padang dengan sarung tangan dan baju yang bersih kerana hanya satu sahaja percubaan penyerang Malaysia tepat ke gawang Jepun.
Tahniah Apex! kamu telah membuktikan dirimu masih layak digelar "Pemain paling bernilai 2011".Apex tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat kelantan. Kami seluruh penyokong Kelantan merindui aksi Apex untuk The Red Warriors.

Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden KAFA

Tan Sri Annuar Musa : RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SAYA SECARA KECIL KECILAN HARI SABTU NI 24HB SEPT DARI JAM 10.30pagi-2.30ptg Di NO 10,JLN SETIABAKTI 3,BUKIT DAMANSARA KL...KAWAN KAWAN DI JEMPUT BERSAMA FAMILY SAMBIL BERAMAH MESRA SECARA ANAK BERANAK...t.kaseh.

Utk kawan2 Di Johor ambo n Trw Akan berhariraya bersama jam 11 pg 25hb sept di UTM SKUDAI..hok Kl 24hb 10.30 pg di bukit damansara...hok Klate. 30hb 7.45 mlm di DEWAN TUN GHAFAR KOMPLEKS YKK,pdg kala,MELOR..utk kawan2 Di utara Dan Sabah yg Minta Harap sabar..ambo Cuba cari masa deh?.....salam

Utk kawan2 Di Johor ambo n Trw Akan berhariraya bersama jam 11 pg 25hb sept di UTM SKUDAI..hok Kl 24hb 10.30 pg di bukit damansara...hok Klate. 30hb 7.45 mlm di DEWAN TUN GHAFAR KOMPLEKS YKK,pdg kala,MELOR..utk kawan2 Di utara Dan Sabah yg Minta Harap sabar..ambo Cuba cari masa deh?.....salam
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Bujang Senang Tumpas Di Kota Bharu

Info Ringkas: Angin evolusi The Red Warriors telah berjaya menjadikan Sarawak b_250_200_16777215_0_http___a4.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_s720x720_316799_284035968274576_257394730938700_1228992_1887142845_n.jpgpasukan pertama terkena amukan. Kebangkitan dalam tempoh 5 minit cukup mengembirakan seluruh penyokong The Red Warriors. Gol dijaringkan oleh Mohd Badhri Radzi pada minit ke 87 & 90, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 88 dan Danial Fadzli pada minit ke 89.
Tahniah kepada pasukan The Red Warriors. Ayuh jadikan sang lebah mangsa seterusnya evolusi The Red Warriors.

Bersedia Cipta Evolusi

Menjelang perlawanan malam ini, The Red Warriors yang baru sahaja selesai "sessi gilap pemain" b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com_-Q74gJ_ZYdFo_TdRmXQUv4sI_AAAAAAAAI4Y_5Tk9SN1M5-I_20110516-67.jpgsemalam sudah sedia mencipta evolusi untuk mengesahkan kedudukan awal ke suku akhir. Kekalahan kepada Felda United rabu lalu bagai membuang segala toksik yang merencatkan perjalanan bolasepak Kelantan. Kini bayangan ke Bukit Jalil kembali terbayang dihati saat kemeriahannya, Kota Bharu akan menjadi saksi kebangkitan pemain yang belum kenal erti tewas ini.
Biarlah penyokong yang sudah mengaku kalah melaung dengan semangat lembik mereka, bagi penyokong yang masih setia dan mempunyai keazaman tanpa kenal erti jemu atau kalah, ayuh terus berdiri bersama memberi semangat utuh kepada para pemain. Pantang mengaku kalah selagi peluang masih ada..Gomo Kelate Gomo.
"Mulai mlm ni menentang Swak,kemudian Johor fc 24hb Dan felda 27hb TRW perlu menunjukkan quality sebenar pasukan..barisan penyerang sudah diarah menunjukkan KEUPAYAAN MEREKA sebagai gandingan terbaik dgn bertindak kreatif dan berkesan dibawah FAST ATTACKING FOOTBALL....bykkan creating space,support Dan running into space upfront agar quality chances are created and executed..LETS OBSERVE..."
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo  

Thursday, 8 September 2011

Khamis, September 08, 2011


Kami belum lagi di zon selesa

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob (Bharian)  

Kelantan tak boleh hilang fokus, ia hanya satu permulaan positif: Azman

KELANTAN harus mengelak perasaan sudah berada dalam ‘zon selesa’ hanya kerana sudah memenangi satu perlawanan kerana apa yang penting ialah terus mendukung ciri-ciri selaku juara dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.


Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata tiga mata dikutip ketika menewaskan Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Kuching hanya satu permulaan positif.
“Untuk perlawanan pertama, kita berpuas hati dengan persembahan pemain namun masih ada beberapa kelemahan perlu dibaiki. “Bagaimanapun, kemenangan ke atas Sarawak tidak boleh memastikan kita berada dalam ‘zon selesa’ berikutan pencabar pasukan lain dalam kumpulan dilihat mampu memberi saingan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azman berkata, Kelantan tidak boleh hilang fokus kerana saingan dalam dalam kumpulan ini tidak boleh dipandang remeh kerana misi pasukan di bawah kendalian Datuk M Karathu harus bekerja keras untuk mara ke peringkat suku akhir dalam usaha mahu mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia.

“Kami harap permulaan yang baik ini dapat diteruskan sehingga layak ke peringkat seterusnya dan pemain diingatkan supaya tidak mudah selesa kerana permainan baru saja bermula.

“Kami akan beri tumpuan untuk perlawanan seterusnya supaya pemain tidak hilang fokus malah segala kelemahan daripada perlawanan pertama akan dibaiki sebelum perlawanan kedua,” katanya.

Rabu, September 07, 2011


Kijang garang

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
JURULATIH Kelantan, Datuk M Karathu terpaksa menunggu lebih sejam untuk kembali mengukir senyuman selepas usaha anak buahnya memburu jaringan membuahkan hasil apabila mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Sarawak pada perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia peringkat Kumpulan C, di Stadium Negeri, malam tadi.
Sambil mengakui anak buahnya mendapat rentak sebenar permainan berikutan cuti panjang selain kesuntukan masa, Karathu menyifatkan kemenangan itu cukup penting bagi memastikan The Reds Warriors tidak berada dalam zon bahaya menjelang pertemuan menentang Johor FC, di laman sendiri Sabtu ini.

“Kemenangan ini cukup penting walaupun pemain belum dapat menyesuaikan diri selepas melalui tempoh rehat panjang. Saya memuji corak permainan sehingga berjaya meraih kemenangan di tempat lawan.
“Separuh masa pertama, kami gagal menembusi benteng pertahanan lawan sekali gus sukar menjaringkan gol. Mereka (Sarawak) berkampung di kubu pertahanan sedangkan kami hanya seorang pemain yang berada di kawasan terbabit.

“Saya mengakui pertukaran beberapa pemain pada babak kedua memberikan kelebihan kepada pasukan mengatur corak permainan sehingga menjaringkan gol,” katanya sambil mengakui corak permainan skuad Bujang Senang berada pada tahap membanggakan.

Pada perlawanan itu, Kelantan berjaya membolosi gawang lawan selepas ayam tambatan, Norshahrul Idlan Mohd Talahan berjaya merampas bola daripada pertahanan Sarawak, Chung Keng Hong ketika perlawanan memasuki minit ke-65.
Jaringan itu menghidupkan semangat skuad terkenal dengan slogan ‘Gomo Klate Gomo’ sekali gus menyumbat gol kedua pada m-80 menerusi S Chanturu yang mendapat umpanan Norshahrul menewaskan penjaga gol, Aidil Mohamad.

Sementara itu, Norshahrul berkata, meskipun mencatat kemenangan, dia mengakui pasukannya beraksi jauh pada tahap sebenar ketika saingan Liga Super.
“Saya sudah menjangkakan Sarawak akan beraksi mati-matian bagi memburu kemenangan di gelanggang sendiri. Tahap kami pada malam ini (malam tadi) tidak seperti ketika beraksi dalam Liga Super,” katanya.

Isnin, September 05, 2011


Tekad Norshahrul

NORSHAHRUL kembali menjadi watak penting Kelantan selepas pulih daripada masalah kecederaan.


SETELAH dibelenggu masalah hamstring, penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berazam untuk menjadikan kempen Piala Malaysia sebagai medan mengembalikan semula sentuhan tajamnya.
Norshahrul atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Mat Yo’ yang terpaksa melupakan tugasan bersama skuad negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini ekoran kecederaan, dilihat bergelut untuk mendapatkan semula prestasinya.
Begitupun, penyerang kelahiran Besut, Terengganu ini bertekad untuk membantu Kelantan memulakan kempen Piala Malaysia 2011 dengan mengutip tiga mata berharga ketika menentang Sarawak pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan C di Stadium Sarawak petang esok.
“Saya baru pulih daripada kecederaan hamstring, jadi sudah pasti saya masih tercari-cari rentak sebenar di atas padang buat masa ini.
“Bagaimanapun, saya bertekad untuk menjadikan kempen Piala Malaysia ini sebagai medah mempertajamkan lagi sentuhan gol dan juga mengembalikan semula prestasi sebenar seperti sebelum ini.
“Buat masa ini, saya tidak mahu terburu-buru dalam mencari prestasi sebenar, tetapi saya akan cuba menumpukan perhatian dalam setiap perlawanan demi perlawanan. Harap ia berjaya,” kata Norshahrul kepada Kosmo! semalam.
Menurut Norshahrul, Kelantan akan turun beraksi di gelanggang lawan petang esok dengan suntikan semangat yang kuat selepas berjaya menjulang gelaran Liga Super 2011.
Malah, dia juga optimis skuad The Red Warriors itu mampu menjulang gelaran berganda musim ini, sekali gus mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dimenangi mereka tahun lepas.
“Pertemuan dengan Sarawak ini amat penting bagi Kelantan untuk memulakan kempen ini dengan baik. Ia bukan tugas mudah, namun saya yakin kami mampu melakukannya.
“Saya pasti semua pemain Kelantan akan turun beraksi seratus peratus dalam usaha memburu kemenangan.
“Malah saya berani kata bahawa kami akan turun dengan fokus untuk mempertahankan trofi ini, sekali gus merealisasikan misi menjulang gelaran berganda tahun ini,” katanya lagi.

Isnin, September 05, 2011


Shahrizan sedia pikul amanah


SHAHRIZAN giat menjalani latihan sebagai persiapan membantu Kelantan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.


“INI adalah peluang terbaik, saya harus guna kesempatan ini sebaik mungkin.” Demikian ujar Shahrizan Ismail, penjaga gol kedua Kelantan yang diberi peluang untuk menggalas cabaran The Red Warriors dalam mengharungi kempen Piala Malaysia.
Shahrizan diberi tanggungjawab tersebut selepas penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat diarahkan untuk terus bersama skuad Olimpik negara. Selepas hanya membuat tiga penampilan bersama Kelantan musim ini (satu perlawanan Piala FA dan dua lagi pada Liga Super), Shahrizan menyedari bahawa keyakinan para peminat setia Kelantan terhadapnya tidak begitu baik.
Jelas Shahrizan, isu sama ada bersedia atau tidak menggalas tugas menjaga gawang Kelatan tidak timbul kerana baginya, sebagai pemain, dia sentiasa yakin untuk beraksi. “Disenaraikan sebagai penjaga gol utama atau simpanan sentiasa membuatkan saya bersedia kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita kena sentiasa bersedia untuk kemungkinan itu.
“Selepas sekian lama saya hanya memanaskan bangku simpanan, ini merupakan kesempatan terbaik untuk saya membuktikan kemampuan. “Memang tidak dapat dinafikan, ia suatu yang membosankan apabila diletakkan sebagai pilihan kedua, tetapi nyata itu membuatkan saya lebih berazam untuk disenaraikan,” kata Shahrizan semalam.
Shahrizan menambah, beberapa siri perlawanan persahabatan yang dilalui sebelum ini membuatkan keyakinannya bertambah. Dia kini tidak mahu menoleh kebelakang dan berazam untuk terus mengekalkan momentum dan memberikan persembahan terbaik. “Namun, segalanya bergantung kepada jurulatih (Datuk M. Karathu) sama ada untuk memilih saya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Khairul Fahmi.
“Selain saya, jurulatih juga mempunyai pilihan lain seperti Halim Napi, Judtana Eh Put atau Muhammad Syazwan Yusoff. “Kelantan mempunyai ramai penjaga gol yang bagus, saya tidak boleh berasa selesa kerana persaingan terlalu kuat.’’
Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, Shahrizan dan Khairul Fahmi mempunyai keupayaan yang hampir setara. Justeru, beliau percaya Shahrizan mampu menggunakan pengalamannya untuk membantu Kelantan mengharungi kempen Piala Malaysia kali ini.
“Ketiadaan Apex (Khairul Fahmi) tidak begitu dirasai kerana kita memiliki Shahrizan yang sentiasa mahu menjadi yang terbaik. “Ia suatu yang bagus kepada pasukan dan saya yakin kekurangan itu mampu ditampung oleh Shahrizan.
“Saya puas hati dengan apa yang dipamerkannya sebelum ini, tetapi saya mahu dia terus berusaha dan bekerja keras untuk mengekalkan prestasi dan posisinya. “Dalam pasukan Kelantan tiada istilah 'anak emas', mereka yang memberikan yang diterbaik akan diberi peluang beraksi,” jelasnya

Ahad, September 04, 2011


Kelantan terpaksa gigit jari

APEK (kiri) gigih menjalani latihan bersama penjaga gol skuad Olimpik.

FAM arah Apek untuk kekal beraksi bersama skuad Olimpik

PENJAGA gol, Khairul Fahmi Che Mat diarah untuk kekal beraksi bersama skuad Olimpik atas titah Pengerusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata keputusan itu dibuat Sultan Ahmad Shah lewat petang semalam selepas kemelut yang timbul berhubung penjaga gol terbabit dimaklumkan kepada baginda.
"FAM sedia maklum dan sudah menerima khidmat pesanan ringkas daripada Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang memaklumkan sudah menghantar surat permohonan mengenai khidmat Khairul Fahmi.

"Apapun permohonan ini satu perkara yang sensitif dan ia sudah dipersembahkan kepada Sultan Ahmad Shah untuk makluman baginda.

"Lewat petang tadi (semalam) baginda menitahkan Khairul Fahmi akan kekal menjalani latihan dengan skuad Olimpik bagi persiapan menghadapi pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Fukuoka, Jepun 21 September ini," katanya pada sidang media di Kuantan semalam.

Azuddin berkata, bagaimanapun FAM akan menimbang pilihan lain termasuk meminjamkan salah seorang penjaga gol dalam skuad Olimpik (selain Khairul Fahmi) kepada skuad The Red Warriors bagi menghadapi Piala Malaysia.

Akhbar kelmarin melaporkan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee enggan melepaskan Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek menyertai skuad Kelantan untuk saingan Piala Malaysia bagi membolehkan penjaga gol itu terus bersama skuad kendaliannya.

Malah Apek sendiri yang agak terganggu mindanya memutuskan untuk mengutamakan skuad negara.

"Saya akur tugas dengan kedua-dua pasukan (negara dan Kelantan) begitu penting. Namun bagi saya misi negara lebih penting dan mahu membantu meningkatkan mutu bola sepak negara," katanya.

Ketika ini Kelantan hanya ada seorang penjaga gol iaitu Mohd Shahrizan Ismail selepas khidmat penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi dan penjaga gol ketiga, Norhadi Ubaidillah hampir pasti diketepikan dalam kempen Piala Malaysia musim ini setelah mengalami kecederaan.

Saturday, 3 September 2011

Rabu, Ogos 31, 2011

‘With Great Power, Comes Great Responsibilities’



I think it is still not too late to wish all muslims Selamat Hari Raya eidul-fitr and also Happy Independant Day, ‘Salam Kemerdekaan’ to all malaysian where ever you’re. This is a very great and memorable moment to facing two significants ceremony in a same week.
It’s only a week leave for our team before they start fight back in Malaysia Cup tournament. And definitly it will become more challenging this time, as everybody said ‘winning is more easier than defending’. However the truth is that, it was the greatest and unforgeteful moment when the Red Warriors won the malaysia cup for the first time, thanks to all parties which involved directly or indirectly to bring the Cup to our land, Kelantan Darul Naim. (I hope by the time the cup been returned to FAM all fans already took their chance to lift up the cup). It was the moment which already recorded as the historical mark for the Kelantan and also national football history. 2009 we arrived at Bukit Jalil but we failed, however 2010 we came again, and definely the luck never ran from us twice. And hopefully this year the same luck will stay with us.
This team had become more powerful then before, all eyes can see the rapids within the team. As team become more stronger, the fans goes more bigger. The loud voices went more widely, beyond the country boundaries and even far away internationally. Once again, thanks to all fan which participate actively in promoting our teams, without your’s supports the will no The Red Warriors as we seen it today.
To be part of this winning team was a great honour, a team with full spirit and commitment. The passion and the energy were always there and at the high level. We as the true supporters will again marching from venue to venue to show the supporting spirits. We will do our own fight trough our songs and chants. And once again the ‘red fiesta’ will begin. This time we hope that our fan will show their true colors, say no to violance in football, say no to throwing illegal objects to the fields and say no to hooligans. We came to conquer other venues with our truly football spirits... support our team as much and as long as we can until our opponent lose everythingexcept their respect for us!
As for the team, Good Luck!, to be a great warrior was a dream for everybody. And you’ll have show it. However, the journey is still not come to the end. What ever start in good, must end in better. The true is that we will always at your back, show our support and uphold the team spirit. Let we show to all, there will no other team as the Red Warriors, never. As the team was the one and only ‘The Mighty Red Warriors’.
“Kemah demo, Kemah kawe, Kemah belako-lako”

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo