nuffnang

Wednesday, 31 August 2011

selasa, Ogos 30, 2011

Kelate.Net Teruskan Tradisi

KOTA BHARU – Seperti kelazimannya, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan(Kelate.Net) meneruskan tradisi dengan mengadakan majlis perjumpaan untuk ahli-ahlinya setiap kali menyambut Hari Raya AidilFitri pada setiap tahun.
Kelate.Net atau lebih sinonim dengan gelaran KDN diwujudkan sejak 12 tahun lalu dan menjadi medium untuk para penyokong setia bola sepak Kelantan memberikan sokongan berbentuk cadangan di alam maya.
Mahizi Mahmood
Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmoodberkata, ramai ahli Kelate.Net berada di perantauan khususnya di Lembah Kelang dan kesempatan berhari raya di kampung halaman digunakan sebaiknya dengan mengatur beberapa aktiviti bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
“Kita mengatur sebanyak tiga aktiviti khusus untuk ahli Kelate.Net di seluruh negara. Ini bermula dengan perlawanan persahabatan melibatkan KDN Kelantan dan KDN Kuala Lumpur pada 2 September di padang SMK Kubang Kerian 2,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
“Pada tahun ini kita membenarkan setiap pasukan mendaftarkan seramai 25 pemain bagi memberi peluang semua pemain beraksi dalam perlawanan tersebut. Pada tahun ini juga kita memperkenalkan piala pusingan Presiden Kelate.Net yang bakal menjadi rebutan kedua-dua pasukan.
“Selain itu pada sebelah malam hari yang sama, kita turut mengadakan majlis barbeku dan perjumpaan yang akan diadakan di Restoran Alstonia. Restoran ini merupakan tempat berkumpul bagi ahli Kelate.Net di Kota Bharu mengadakan aktiviti dan juga menyaksikan tayangan skrin besar setiap kali adanya siaran langsung melibatkan pasukan Kelantan yang bermain di luar Kota Bharu,” katanya.
Menurut Mahizi, kemuncak aktiviti Kelate.Net ialah dengan mengadakan perlawanan boling persahabatan di antara KDN Kelantan dan KDN Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Mutiara Super Bowl, Kompleks Kota Sri Mutiara dekat sini.
“Pertandingan ini diadakan bagi memberi peluang kepada ahli kelab yang tidak berpeluang menyertai perlawanan bola sepak dapat menyertai acara ini. Sebanyak 16 pasukan daripada kedua-dua pasukan akan mengambil bahagian kali ini.
“Matlamat kita adalah untuk berhimpun dan beramah mesra sesama ahli kerana jarang kita dapat berkumpul atas pelbagai faktor seperti jarak dan masa terutamanya masing-masing terikat dengan komitmen kerja.
“Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk kita berhimpun secara besar-besaran sekali setahun. Kita berharap ukhwah yang sedia terjalin ini akan terus kukuh. Kita mengucapkan terima kasih kepada Alami Kreatif yang turut menaja ‘banner’ kita pada aktiviti kali ini,” katanya.

Monday, 29 August 2011

Isnin, Ogos 29, 2011

Majlis T’Temu Mata Hari Raya Aidilfitri & Sukan Muhibah Kelate.Net 2011











5.00 petang – Perlawanan Bolasepak Persahabatan Antara Kelate.Net Kelate lwn Kelate.Net Kuala Lumpur Di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2.
8.00 malam – Majlis T’Temu Mata Hari Raya Aidilfitri di Restoren Alstonia di Cabang 3 Demit.
3 September 2011 Sabtu
5.00 petang – Perlawanan Boling Persahabatan Antara Kelate.Net Kelate lwn Kelate.Net Kuala Lumpur Di Mutiara Bowl, Kota Bharu.

Karathu Congak Percaturan


KOTA BHARU – Menang kesemua empat perlawanan persahabatan setakat ini membuktikan The Red Warriors kini cukup serius untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.
Bukan mahu berada di kemuncak terlalu awal atau terlampau yakin, namun kemenangan bergaya 3-1 mengatasi T-Team membuktikan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kini sudah mendapat gambaran awal pemain mana yang berada di dalam perancangan beliau bagi menghadapi kempen Piala Malaysia tidak lama lagi.
Biarpun dilihat cuba berahsia namun percaturannya mengekalkan watak-watak utama sepanjang 70 minit perlawanan tersebut membuktikan inilah barisan terkuat yang bakal menjadi pilihannya menghadapi Sarawak pada perlawanan pembukaan 6 September nanti.
“Memang saya turunkan kesebelasan utama dalam perlawanan ini. Bila saya nampak tahap kecergasan mereka kurang barulah saya buat pertukaran. Mereka perlu didedahkan dengan perlawanan seperti ini untuk mendapat rentak yang sebenar,” katanya sejurus tamat perlawanan, malam semalam. Menurutnya, sebenarnya siapa yang diturunkan itu tidak penting kerana pada masa yang sama juga saya mahu menilai prestasi pemain-pemain simpanan.
“Begitupun kemenangan ini cukup bermakna sebagai pembakar semangat kita memulakan saingan tidak lama lagi,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Karathu turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dua pemainnya iaitu Azammuddin Mohd Akil dan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail setelah mengharungi empat perlawanan setakat ini.
“Azammuddin beraksi cemerlang di bahagian serangan. Walaupun kita bermain dengan formasi 4-5-1 namun dia tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri.
“Malah saya lihat dia sudah dapat membentuk satu kombinasi yang baik bersama Norshahrul Idlan (Talaha) dan Muhd Badhri (Radzi). Saya berharap dia mendapat sentuhan apabila berada di depan pintu gol selepas ini,” katanya.
Karathu berkata, Mohd Shahrizan hanya melepaskan satu gol daripada tiga perlawanan yang dia beraksi setakat ini.
“Saya cukup yakin dengan keupayaan dia sekalipun dibayangi kehebatan Khairul Fahmi (Che Mat) sebelum ini.
“Posisi penjaga gawang sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja. Sama ada Khairul Fahmi kembali ke pangkuan pasukan dia perlu bersaing Mohd Shahrizan bagi merebut tempat tersebut selepas ini,” katanya.

Sunday, 28 August 2011

Ahad, Ogos 28, 2011

Keputusan penuh siri perlawanan persahabatan Kelantan Piala Malaysia 2011

Songkhla FC 0 - 1 Kelantan 

Senarai Penjaring :
Alex

 *perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-43 perlawanan kerana masalah lampu limpah...


Kelantan 3 - 1 T.Team 
Senarai Penjaring :

Badri Radzi(2 gol)
Alex



PDRM 0 - 1 Kelantan
Senarai penjaring : 
Nizab Ayub


Selangor 0 - 1 Kelantan
Senarai Penjaring : 
Alex


K.LUMPUR 0-5 KELANTAN
Senarai penjaring :
Nurul Azwan Roya
Azamuddin Akil
Mohd Badri Radzi
Solehin Kanasian
R.Surendran 


p/s : Alex ternyata menjadi nadi bagi pasukan Kelantan dalam perlawanan-perlawanan persahabatan kali ini.Diharapkan beliau mampu memberikan input kepada pasukan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia nanti...

Thursday, 25 August 2011

Khamis, Ogos 25, 2011


Keputusan perlawanan persahabatan 2011 : Kelantan vs T.Team

Kelantan 3(Piya,Alex)

T.Team 1

Perlawanan persahabatan semalam menyaksikan kombinasi menarik yang ditunjukkan oleh Alex dan Norshahrul.Jika kedua-dua pemain ini mampu memberikan persembahan mantap seperti semalam tidak mustahil Kelantan akan menjulang Piala Malaysia sekali lagi.
 
Walaupun sekadar perlawanan persahatan Kelantan ternyata mempunyai benteng pertahanan utuh yang sukar ditembusi lawan dengan ketangkasan Shahrizan pula menjadikan barisan terakhir benteng Kelantan semakin mantap.  

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi melalui sepakan penalti dan satu larian solo dari tengah padang manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Azimuddin Akil.Gol tunggal T.Team diperolehi juga melalui sepakan penalti.
 

Wednesday, 24 August 2011

Rabu, Ogos 24, 2011


Perlawanan persahabatan Kelantan vs T.Team 2011

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 24 Ogos 2011
Masa : 10 Malam
Harga Tiket : Astaka RM 10,Terbuka RM 5

Tiket-tiket perlawanan mula dijual tepat jam 3 petang.

Mari kito ramai-ramai penuh stadium malam ni...sebelum tu kita sembahyang terawih sama-sama di perkarangan stadium...

Tuesday, 23 August 2011

KAFA terkejut kadar sewa stadium naik



KOTA BHARU - Ketika skuad The Red Warriors sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia musim ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikejutkan dengan kenaikan kadar harga sewa padang dan stadium untuk sesi latihan selama dua jam.


Naib Presidennya, Rosmadi Ismail berkata, kenaikan itu menjadikan tarif sewa sekarang adalah RM1,200 berbanding RM650 sebelum ini dan ia sememangnya membebankan KAFA yang selama ini bergerak tanpa sokongan kewangan, apatah lagi geran penajaan dari kerajaan negeri.

"Kita amat terkejut dengan tindakan ini. Ia sudah semestinya membebankan KAFA kerana semua tahu bahawa setiap sen perbelanjaan melebihi pada yang kita jangkakan memberi beban kerana KAFA boleh dikatakan hanya bergerak dengan sokongan penajaan di samping kutipan jualan tiket semasa perlawanan.

"Maka dengan kenaikan itu ia boleh disifatkan sebagai tidak membantu usaha KAFA dalam membangun sukan bola sepak negeri di samping mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang diraih pada musim lalu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Perbadanan Stadium Kelantan yang menaikkan kadar sewa melalui surat yang dihantar bertarikh 3 Ogos lalu.

Sepanjang bulan Ramadan pasukan Kelantan menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammad IV pada waktu malam iaitu bermula pukul 10 sehingga 12 tengah malam.

Selain itu, Rosmadi berkata, pihak stadium tidak menyatakan alasan kukuh berhubung perkara berkaitan dan meminta supaya ia dikaji balik demi kepentingan semua pihak dalam membantu memajukan sukan bola sepak negeri khususnya.

Sementara itu, Presiden kelab The Red Warriors, Mohd. Zainy Mohd. Zain meminta kerajaan negeri prihatin dengan situasi yang ada seterusnya menarik balik keputusan tersebut.

"Saya sebagai rakyat serta penyokong setia bola sepak Kelantan merayu agar pihak kerajaan negeri janganlah menaikkan harga sewa yang terlalu tinggi kerana ini membebankan. Saya berharap kerajaan negeri memahami situasi di negeri Kelantan ini," katanya.

Red Warriors merah padam



PSK naik kadar sewa Stadium Sultan Muhammad seratus peratus 

KETIKA Kelantan sibuk membuat persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini, skuad The Red Warriors dikejutkan dengan kadar baru sewa bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang jumlahnya meningkat hampir 100 peratus iaitu daripada RM650 kepada RM1,200 berkuatkuasa 3 Ogos lalu.

Cadangan menaikkan kadar sewa baru itu diputuskan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dalam mesyuarat Ahli Majlis 3 Ogos lalu dan surat makluman mengenai perkara itu difaksimilikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 11 Ogos lalu.

Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail menganggap jumlah kadar sewa baru yang dikenakan itu wajar dikaji semula oleh PSK kerana ia menambah beban kewangan kepada persatuan bola sepak negeri.
“Saya terkejut dengan kadar baru sewa penggunaan padang dan lampu limpah bagi sesi latihan dan perlawanan pada waktu malam di stadium itu sebanyak RM1,200 yang dikenakan PSK sekarang berbanding RM650 sebelum ini kepada KAFA.

“Saya harap PSK dapat mempertimbangkan semula kadar baru kerana ia dianggap membebankan kewangan persatuan itu, terutama ketika tumpuan perbelanjaan lebih perlu digunakan untuk persiapan pasukan The Red Warriors menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Rosmadi berkata, berdasarkan kandungan surat itu, Ahli Majlis PSK membuat keputusan menaikkan kadar baru sewa bagi penggunaan padang dan lampu limpah di stadium berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha PSK, Azi Rahimee Mohamed ketika ditemui mengakui memang ada keputusan dibuat Ahli Majlis PSK mencadangkan kenaikan kadar baru sewa kerana menganggapnya ia sudah lama tidak dinaikkan.

Mengambil kira kos bayaran elektrik dan peningkatan kemudahan prasarana di stadium, beliau berkata, kenaikan kadar baru sewa itu diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis PSK yang turut dihadiri wakil dari KAFA tetapi tidak ada bantahan diterima daripada persatuan itu.

Penyudah Kelantan makin berbisa



NORSHAHRUL (dua dari kanan) mengakui jentera serangan Kelantan
semakin mantap.


PENGGEMPUR sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau 'Mat Yo' mengakui kehadiran dua penyerang pinjaman dari pasukan Pahang iaitu Azammuddin Akil dan R. Surendran menambah sengat di bahagian jentera serangan pasukan yang mendapat jolokan The Red Warriors itu.

Anak jati kelahiran Besut Terengganu itu berkata, kehadiran dua tonggak Pahang itu akan membantu Kelantan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini.
"Setakat ini, saya tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan mereka berdua dan persefahaman antara kami bertiga semakin mantap.
"Kehadiran dua pemain ini menjadikan jentera serangan Kelantan semakin mantap," katanya ketika ditemui pemberita ketika sesi latihan di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bharu malam kelmarin.
Dalam pada itu, Mat Yo memberitahu dalam saingan kali ini dia bertekad untuk membantu The Red Warriors layak ke separuh akhir seterusnya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lalu.
"Saya sudah bersiap sedia untuk menghadapi saingan kali ini biarpun terpaksa berdepan dengan cabaran. Ini peluang terbaik buat saya untuk meneruskan rentak cemerlang Kelantan musim ini.
"Apa yang penting saya kena bagi yang terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui. Selain itu saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik dalam saingan kali ini," ujarnya.
Dalam saingan Liga Super musim ini, 'Mat Yo' muncul selaku penjaring terbanyak Kelantan dengan meledak 18 gol, sekali gus membantu The Red Warriors menjulang kejuaraan liga buat kali pertama sejak diperkenalkan pada tahun 1997.
Ketika diminta mengulas mengenai peluang Kelantan dalam saingan kali ini, 'Mat Yo' berkata, setiap pasukan mempunyai peluang dan Kelantan tidak boleh mengambil mudah kemampuan pasu- kan lawan.
"Semua pasukan yang ada dalam Kumpulan C mempunyai peluang sama rata, jadi kita kena bersedia dan perlu menggunakan kesempatan yang ada dalam setiap perlawanan untuk meraih kemenangan," jelasnya.

Tuesday, 9 August 2011

Red Warriors terima bonus RM282,000




BARISAN pemain dan pengurusan Red Warriors dan Piala Presiden Kelantan yang menjuarai Liga Super dan Piala Presiden musim ini menerima bonus RM282,000 sebagai menghargai kejayaan pasukan masing-masing.

Daripada jumlah itu, pasukan Red Warriors menerima bonus berjumlah RM222,000, manakala skuad Piala Presiden Kelantan pula mendapat RM60,000 yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, kelmarin.

Annuar berkata pembayaran bonus kepada semua pemain dari kedua-dua pasukan itu sebagai hadiah bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang hujung bulan ini.

Beliau berkata, ahli majlis Kafa dalam mesyuaratnya Jumaat lalu mengambil keputusan untuk memberikan bonus tambahan berjumlah keseluruhan RM222,000 kepada barisan pemain Red Warriors kerana kejayaan menjulang trofi Liga Super buat kali pertama dalam sejarah.

Azzamuddin perkuat Red Warriors pertahankan Piala Malaysia



KOTA BHARU - Penggempur sensasi Pahang, Azzamuddin Mohd. Akil, 26, sah akan beraksi bersama Kelantan sebagai pemain pinjaman bagi memperkuatkan pasukan Red Warriors dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.
Kehadiran pemain yang berasal dari Kampung Relong, Kuala Lipis Pahang itu disahkan sendiri oleh pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim sekali gus menamatkan khabar angin mengenai siapa pemain pinjaman yang akan membantu Red Warriors mengharungi cabaran edisi kali ini.
Azman berkata, pemain tersebut akan mula melaporkan diri bagi menyertai sesi latihan bersama skuad bimbingan Datuk M. Karathu hari ini.
Menurutnya, kehadiran Azzamuddin dijangka memantapkan lagi jentera serangan Kelantan di ketuai oleh penggempur berbisa negara, Norsharul Idlan Talaha.
"Daripada tiga kuota pemain pinjaman diperuntukkan, kita hanya meminjam Azammuddin bagi memperkuatkan pasukan dan dia bakal digandingkan bersama Norshahrul Idlan (Talaha) di posisi serangan.
"Saya melihat pemilihan Azzamuddin tepat pada masanya setelah posisi serangan kita menghadapi masalah penyudah dalam kempen Liga Super baru-baru ini.
Kehadiran pemain ini memberi pilihan kepada jurulatih Datuk M. Karathu untuk menyelesaikan masalah di posisi tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tambahnya, Azzamuddin yang juga penjaring gol kedua terbanyak pasukan Tok Gajah musim ini, merupakan satu-satunya pemain tunggal yang dipinjam oleh The Red Warriors.
Dalam pada itu, Azman menegaskan, kehadiran Azammuddin bukan bermakna tempat baginya sudah terjamin, sebaliknya beliau juga perlu bersaing dengan penyerang yang lain bagi merebut posisi di bahagian serangan itu.
"Peluang terbuka untuk penyerang yang lain seperti Muhammad Ramzul Zahini (Adenan), Mohd. Nizab (Ayub) dan Muhammad Khalid (Jamlus) merebut tempat dengan syarat mereka perlu membuktikan prestasi mereka berada ditahap terbaik.
"Selama ini pun mereka juga sentiasa diberi peluang oleh pihak pengurusan. Jadi dengan kehadiran Azammudin itu diharap mencetuskan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka untuk merebut posisi tersebut," ujarnya.
Jelasnya, dengan kehadiran pemain ini serta lima pemain dari skuad Piala Presiden Kelantan yang diserap ke dalam skuad senior, Red Warriors dilihat mampu mempertahankan kejuaraan musim lalu.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kerana memberi kelulusan kepada The Red Warriors meminjamkan pemain tersebut.
Azammuddin atau lebih dikenali dengan panggilan 'Alex' pernah beraksi dengan kelab Shahzan Muda dan UPB Perak - MyTeam. -Utusan

Thursday, 4 August 2011

Kelantan Juara Piala Presiden

email
Barisan pegawai dan pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang Piala Presiden .
KELANTAN 2
Mohamad Aris Zaidi (m-9)
Mohd Khairul Izuan Rosli (m-94)
MP MUAR 1
Mohd Nor Hakim Hassan (m-23)
(Kedudukan terikat 1-1 dalam waktu permainan sebenar)
KOTA BHARU – Reputasi Kelantan selaku kuasa baru bola sepak tempatan sekali terbukti apabila muncul juara Piala Presiden setelah mengalahkan Majlis Perbandaran (MP) Muar 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Kali terakhir merangkul kejuaraan lima tahun lalu, skuad The President Warriors mengotakan janjinya dengan melengkapkan kejuaraan yang dimenangi malam tadi  menjadikan enam trofi kejuaraan keseluruhan kini disimpan megah oleh pasukan Kelantan.
Malah kejayaan muncul juara edisi kali ini membolehkan Kelantan meraih trofi kejuaraan selain hadiah wang tunai RM100,000 sementara MP Muar selaku naib juara sekadar berpuas hati membawa pulang wang tunai RM50,000.
Beraksi dihadapan hampir 4,000 penyokong setia, rentak kecemerlangan Kelantan bermula seawal minit kesembilan menerusi jaringan penyerang sensasinya, Mohamad Aris Zaidi.
Berpunca sepakan penjuru Mohd Khairul Izuan Rosli, Mohamad Aris memanfaatkan situasi kelam-kabut didalam kotak penalti dengan merembat kencang menewaskan penjaga gol MP Muar, Mohd Khairul Izzuwan Shaari untuk gol pertama Kelantan.
Pada m-21, bekas pemain Harimau Muda, Mohd Khairul Izuan hampir menambahkan jaringan untuk Kelantan apabila rembatannya gagal ditangkap kemas Mohd Khairul Izzuwan namun pemain pertahanan MP Muar sempat mengeluarkannya daripada situasi merbahaya didepan pintu golnya.
Selang dua minit kemudian, pasukan MP Muar berjaya menjadikan kedudukan 1-1 apabila berjaya menjaringkan gol menerusi Mohd Nor Hakim Hassan. Kesilapan benteng pertahanan Kelantan yang terlalu memberi ruang akhirnya dihukum oleh Mohd Nor Hakim menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti yang menyaksikan Muhamad Syazwan Yusoff gagal menangkap kemas rembatannya.
Pada m-29, kelekaan benteng pertahanan Kelantan sekali lagi hampir membawa padah apabila penyerang pasukan pelawat,  S Harivarman sempat menyepak tepat ke pintu gol Kelantan namun Muhamad Syazwan bijak menepis keluar percubaan tersebut.
Pada m-44, penyerang Kelantan, Muhammad Shahiran Md Zin yang berjaya melepasi kekangan S Sadesh Kumar turut terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan apabila hanya mampu menyepak lemah ke pintu gol MP Muar.
Minit-minit akhir babak pertama, pasukan pelawat turut mencuri tumpuan kali ini menerusi rembatan Zailan Mohamad didalam kotak penalti yang terus ke dakapan Muhamad Syazwan.
Bersambung babak kedua, Kelantan mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun Mohd Khairul Izzuwan bijak menepis keluar rembatan Muhammad Shahiran Md Zin pada m-55 dan Mohamad Aris selang dua minit kemudian.
Pasukan MP Muar yang sekali-sekala menyerang turut mempunyai peluang terbaik pada m-65 menerusi Mohd Nor Hakim namun tersasar disebelah kiri pintu gol Kelantan.
Pada m-87, Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mohamad Zamri Ramli dibuang padang kerana mengkasari Ketua Pasukan MP Muar, Muhammad Fauzi Abdul Kadir.
Minit-minit akhir perlawanan, Mohamad Aris terlepas peluang untuk meletakkan Kelantan lebih awal meraikan kemenangan apabila tandukannya terkena palang gol manakala tandukan susulan Mohd Syafiq Haikal Nazarudin pula diselamatkan penjaga gol, Mohd Khairul Izzuwan diatas garisan gol sekalipun pemain Kelantan mendakwa bola terlebih dahulu melintasi garisan.
Keputusan seri 1-1 dalam waktu permainan sebenar memaksa penentuan juara ditentukan menerusi waktu tambahan 30 minit.
Dua minit masa tambahan bermula, MP Muar pula sekali kecewa setelah percubaan S Harivarman terkena palang gol biarpun Muhammad Syazwan sudahpun tertewas diposisinya.
Namun, Mohd Khairul Izuan menceriakan penyokong setia dua minit kemudian apabila menjaringkan gol kemenangan Kelantan. Berpunca hantaran lintang Muhammad Akid Ramli, Mohd Khairul meledakkan rembatan kencang ke penjuru sebelah kiri pintu gol M P Muar untuk gol kemenangan Kelantan.
Minit-minit akhir masa tambahan, pasukan MP Muar sekali lagi gagal memburu gol penyamaan apabila percubaan Muhammad Fauzi ditepis keluar Muhamad Syazwan di sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Muhamad Syazwan Yusoff, Faizol Nazlin Sayuti, Muhammad Syafiq Haikal Nazarudin (Muhammad Norhamizi Haron), Nik Shahrul Azim Nik Abd Halim (KP), Mohamad Zamri Ramli, Khairul Izuan Rosli, Muhammad Norsyahrul Hawari Hanafi (Nicholas Chan Meng-Jin),  Mohamad Syawal Rudin Abdul Rahim (Mohamad Zabeel Mat Noor), Muhammad Shahiran Md Zin (Mohamad Azyu Ikmal Che Mat Nor), Muhamad Farhan Yaakub (Muhammad Akid Ramli) dan Mohamad Aris Zaidi.

Apek putus tunang...

Akhirnya penjaga gol utama Kelantan Khairul Fahmi terpaksa memutuskan pertunangan beliau.Ikuti temubual wartawan Harian Metro...klik

 

TRW 2011


Senarai Pemain Liga Super Kelantan 2011 (released)


Penjaga Gol
1.Mohd Shahrizan Ismail 
19.Khairul Fahmi Che Mat
20.Norhadi Ubaidullah
22.Halim Napi

 
Pertahanan
2.Wan Rohaimi Wan Ismail (Johor FC)
3.Subramaniam A/L Sooryapparad
6.Mohd Farisham Ismail
13.Mohamad Abdul Aziz Ismail (KL Plus)
15.Mohd Daudsu Jamaludin
17.Mohd Rizal Fahmi Ab.Rosid
24.Zairul Fitree Ishak
27.Zamri Ramli


Tengah
4.Zul Yusri Che Harun
5.Khairan Eroza Razali
8.Mohd Shakir Shaari
10.Solehin Kanasian Abdullah (Perlis) 
18.Wan Zaman Wan Mustapha
11.Danial Fadly Abdullah (Perak)
12.Nurul Azwan Roya (Johor FC)
16.Mohd Badhri Mohd Radzi

Penyerang
7.Mohd Nizad Ayub
9.Norshahrul Idlan Talaha
22.Ramzul Zahini Adenan
23.Chanturu A/L Suppiah
25.Khalid Jamlus (ATM)


14.Nicholas Chan(Cardiff)
21.Khairan Izuan

Mohd Izuan*
Mohd Aris Zaidi*

*Pemain Piala Presiden

Khairul Fahmi Wira Sejati Malaysia!

Ketangkasan Khairul Fahmi dalam sedutan video-video ini sahaja yang mampu membuktikan Malaysia sememangnyab_250_200_16777215_0_http___a5.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_223149_249510998411489_119196541442936_959257_5488246_n.jpg bernasib baik seri di Stadium Nasional Bukit Jalil khamis lalu. Tahniah Khairul Fahmi kerana terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Biarlah hanya Kelantan sahaja yang tahu menghargai kualiti pemain-pemainnya

Senarai 25 Pemain Latihan Pusat Skuad Kebangsaan

Ogos 1, 2011 - Ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal memanggil kembali Khyrill Muhymeen Zambri, Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, Farisham Ismail, Joseph Kalang Tie, S. Chanturu, Sharom Kalam, Norazalan Razali (Penjaga Gol Kuala Lumpur), Shahrizal Saad dan Mohd Faizal Muhamad.

Ogos 1, 2011 - Ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal memanggil kembali Khyrill Muhymeen Zambri, Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, Farisham Ismail, Joseph Kalang Tie, S. Chanturu, Sharom Kalam, Norazalan Razali (Penjaga Gol Kuala Lumpur), Shahrizal Saad dan Mohd Faizal Muhamad.b_250_200_16777215_0_http___a2.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_283584_250583964970859_119196541442936_963520_2014028_n.jpg

Manakala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, akibat masalah kecederaan yang belum pulih.

Tujuh pemain Harimau Muda A tidak disenaraikan iaitu Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan) bagi membuat persiapan Kelayakan Olimpik

Latihan pusat skuad kebangsaan, pemain dikehendaki melapurkan diri di Wims FAM, Kelana Jaya pada Ogos 3, 2011 (Rabu) jam 4 petang.

Dijadualkan mengadakan dua perlawanan persahabatan bertemu Oman (Ogos 10) dan Ogos 15 (belum ditetapkan). Mereka akan berada di Oman dari Ogos 8-10, 2011

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen (Kedah), Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim (Selangor), Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan (Negeri Sembilan), Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie (Terengganu), Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari (Kelantan), Mohd Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali (Kuala Lumpur), Shahrizal Mohd Saad (Johor FC), Mohd Faizal Muhammad (Harimau Muda A), Safee Sali (Pelita Jaya, Indonesia)